Tuesday, April 27, 2010

Khidmat Masyarakat

Apakah Khidmas?
Khidmat Masyarakat atau Khidmas adalah komponen amali di dalam PSK yang memerlukan penglibatan para pelajar secara kumpulan dalam aktiviti sekolah. Melalui khidmas, para pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan yang dipelajari di dalam bilik darjah. Aktivit khidmas perlu dilakukan sekurang-kurangnya 10 jam setahun.Khidmas yang hendaklah dilakukan perlu menepati tema yang telah diperuntukan mengikut tingkatan.