Thursday, November 19, 2009

Semoga Berjaya….

 

exam

Selamat menduduki peperiksaan SPM 2009

Monday, November 16, 2009

Selamat bercuti

Selamat bercuti buat semua pelajar-pelajar yang dikasihi…Kita jumpa lagi  pada sesi 2010..jaga diri, kesihatan dan keselamatan…Chario…

Sunday, October 18, 2009

Selamat Deepavali

Selamat Depavali buat penganut agama Hindu

Wednesday, October 7, 2009

Peperiksaan PMR 2009

Bermula 7 Oktober, semua calon PMR di sekolah ini telah menduduki peperiksaan tersebut. Semoga berjaya diucapkan.

Sunday, October 4, 2009

Penangguhan kelas

Salam buat semua pelajar. Kelas PSK pada minggu ini di tangguhkan bermula hari Ahad ( 4 Oktober ) hingga Selasa ( 6 OKtober ) 2009 kerana cikgu menghadiri kursus. Kelas akan bermula seperti biasa pada hari Rabu 7 Oktober 2009. Harap maklum.

Unit 11 – Tajuk Akhir

Assalamualaikum kepada semua pelajar. Bulan ini rasanya dah nak abis sukatan, jadi diharapkan para pelajar dapat membuat ulangkaji sendiri. Harap maklum.

Wednesday, September 30, 2009

Blog Akademik2U

Terima Kasih kepada Pn. Zuriah ( Blogger Akademik2U ) yang sudi memaparkan blog PSK ini di laman beliau.

Majlis Sambutan Hari Raya

Majlis sambutan hari raya peringkat sekolah akan diadakan pada hari Khamis 1hb Oktober 2009.

Sunday, September 13, 2009

Tuesday, August 18, 2009

Pembangunan Modal Insan




Para pelajar boleh mendapatkan maklumat daripada pautan di bawah yang berkaitan dengan Modal Insan :

Keratan Akhbar 1

Keratan Akhbar 2

Keratan Akhbar 3

Monday, August 17, 2009

Tugasan T4 - Hak dan Tanggungjawab sebagai Pengguna yang rasional

Pelajar-pelajar tingkatan 4s1 telah ditugaskan untuk memberikan jawapan dan pandangan kepada situasi soalan yang dikemukakan.

Sunday, August 16, 2009

H1N1

H1N1 a.k.a " Selsema Babi ". Semua orang tahu dan dunia gempar kerananya. Namun setakat manakah kemampuan kita sebagai seorang pelajar untuk membantu mengurangkan dan mengatasi penyakit ini? Penularan wabak Influenza A kian meningkat dari hari ke hari. Sebagai langkah pencegahan, langkah-langkah awal perlu diambil bagi menangani wabak ini dari terus berleluasa. Setiap individu perlu mengetahui etika ketika batuk. Penutupan mulut ketika batuk atau bersin adalah penting kerana penyakit ini merebak melalui batuk dan bersin. Penyakit ini boleh merebak dengan mudah di kawasan yang sesak dengan orang ramai.

Melalui cara memakai penutup mulut dan hidung, elak pergi ke tempat sesak, palingkan muka daripada orang lain dan makanan, elak kongsi sapu tangan atau tuala dengan orang lain dapat mengelakkan penyebaran kuman-kuman yang membuat anda dan orang lain turut dijangkiti. Selain itu, kesihatan diri dari aspek membasuh tangan adalah amat ditekankan dalam menangani wabak ini dari terus menular.

Gejala-gejala wabak ini ialah seperti mengalami kesukaran bernafas yang laju daripada biasa atau tanda-tanda kebiruan di bibir, batuk berdarah atau terdapat campuran darah dalam kahak. Kemungkinan juga berlaku kelakuan yang ganjil, kecelaruan, kurang bertindak balas dan sawan serta berasa pening ketika berdiri atau kurang penghasilan air kencing merupakan tanda-tanda positif kepada wabak ini. Jika anda mengalami sakit dada yang berterusan, cirit-birit atau muntah berterusan, demam berlanjutan melebihi tiga hari adalah dinasihatkan ke hospital berhampiran dengan segera.

Modal Insan

Kementerian Pelajaran Malaysia mahu membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketrampilan dan berkepribadian mulia, sentiasa menghormati perbezaan individu, serta berupaya menjadi pemimpin yang baik dan berkesan dalam keluarga, masyarakat, dan negara pada hari muka.

Saturday, August 1, 2009

Tanggungjawab Dijunjung Negara Disanjung

Tahukah anda tentang kepentingan Rukun Negara? Pengamalan Rukun Negara akan mewujudkan:

1. Perpaduan
2. Masyarakat adil
3. Cara hidup demokratik
4. Cara hidup liberal
5. Masyarakat progresif

Tuesday, July 28, 2009

Jangan jadi begini..



MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
• KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
• KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
• KELUHURAN PERLEMBAGAAN
• KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
• KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Monday, July 27, 2009

Cuba Jawab

1. Nyatakan hasrat negara kita yang hendak dicapai melalui Rukun Negara.
2. Apakah prinsip terpenting Rukun Negara?
3.Mengapakah rakyat mesti menunjukkan taat setia kepada raja dan negara?
4. Perlembagaan merupakan tunjang kepada segala undang-undang di negara kita. Mengapakah setiap rakyat dan orang asing mesti menghormati undang-undang negara kita?
5. Pada pendapat anda, apakah yang akan berlaku jika rakyat negara kita tidak mementingkan nilai kesopanan dan kesusilaan?


5 Prinsip Rukun Negara

Sunday, July 26, 2009

Tingkatan 5-Unit 7 : Rakyat Setia Negara Berjaya



Minggu ini 27hb Julai 2009, para pelajar dikehendaki menjelaskan
1. Prinsip-prinsip Rukun Negara dalam mengekalkan kedaulatan negara.
2. Mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara.
3. Menunjukkan nilai kesopanan dan kesusilaan dalam kehidupan.

Para Pelajar diminta untuk menyiapkan poster yang bertemakan Rukun Negara. Poster tersebut mestilah menggambarkan suasana harmoni, keceriaan dan aman damai negara Malaysia mengikut kreativiti kumpulan. Para pelajar diberi kebebasan untuk menyiapkan poster sama ada dalam bentuk biasa mahupun digital.

Tuesday, July 21, 2009

Tugasan 5s2,5k2,5s1 - 22 Julai 2009



Minggu ini para pelajar ditugaskan untuk membuat tugasan yang berkaitan dengan tokoh-tokoh negara. Para pelajar diminta mencari maklumat berkaitan dengan kedaulatan negara seterusnya mencari maklumat berkaitan dengan tokoh-tokoh yang telah memberikan sumbangan besar terhadap negara.

Tokoh-tokoh yang dimaksudkan ialah:
1. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
2. Tun Abdul Razak
3. Tun Hussien Onn
4. Tun Dr. Mahathir

Tuesday, July 7, 2009

Tugasan berkumpulan 5K2,5S1,5S2

Setiap kumpulan telah diminta untuk membina blog bertujuan untuk mempromosikan warisan budaya Malaysia. Kumpulan-kumpulan tersebut terdiri daripada :

1. Kumpulan 1 : Lagu rakyat tradisional pelbagai kaum
2. Kumpulan 2 : Pakaian tradisional pelbagai kaum
3. Kumpulan 3 : Permainan tradisional pelbagai kaum
4. Kumpulan 4 : Makanan tradisional pelbagai kaum

Monday, July 6, 2009

Soalan T4 Unit 10

1. Jelaskan secara ringkas maksud budaya kerja cemerlang.
2. Berikan tiga contoh ciri-ciri penting dalam etika kerja.
3. Bagaimanakah anda boleh melaksanakan budaya kerja cemerlang di sekolah.
4. Berikan tiga contoh kepentingan budaya kerja cemerlang.
5. Bagaimanakah seorang pekerja yang mematuhi etika kerja menghadapi sesuatu kesulitan semasa melaksanakan tugasnya.

Membina Budaya Kerja yang Cemerlang ke Arah Kemakmuran Negara


Apakah Budaya Kerja Cemerlang?
Budaya Kerja Cemerlang mengandungi nilai-nilai murni yang dapat melahirkan pekerja yang progresif, dinamik, bertanggungjawab dan berdisiplin tinggi.
Di sekolah, budaya kerja cemerlang membolehkan pelajar meningkatkan prestasi akademik dan kokurikulumnya. Oleh itu, kita perlu mengamalkan budaya kerja yang cemerlang demi kemajuan diri, masyarakat dan negara.

Apakah itu Terombo?

Anda pernah mendengar atau tahu apakah Terombo? Ramai yang tidak tahu apakah itu Terombo. Untuk mengetahuinya, anda boleh lihat di sini

Aktiviti Berkumpulan 5S3

Para pelajar telah diminta untuk bersama-sama kumpulan masing-masing membina satu laman blog mempromosikan warisan budaya di Malaysia. Kumpulan yang terlibat adalah seperti :

1. Kumpulan 1 : Nyanyian Lagu Tradisional
2. Kumpulan 2 : Pakaian Tradisional
3. Kumpulan 3 : Permainan Tradisional
4. Kumpulan 4 : Tarian Tradisional

Saturday, July 4, 2009

Projek KHIDMAS T4

Alhamdulillah, projek PSK bagi tingkatan 4 telah dapat dijalankan dengan jayanya pada 4 Julai 2009 bertempat di Dataran Wahid, SMK Bachok. Terima kasih kepada para pelajar yang telah memberikan kerjasama untuk menjayakan projek ini. Gambar projek akan diuploadkan sedikit masa lagi.

Wednesday, July 1, 2009

Projek Khidmas Tingkatan 4

Projek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bagi tingkatan 4 akan dijalankan pada 4hb Julai 2009 bertempat di SMK Bachok. Para pelajar dibahagikan kepada beberapa kawasan bagi menjalankan aktiviti. Projek ini bertemakan Warisan Kepelbagaian Budaya:Menhijaukan kawasan setempat. Projek ini akan bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari.
Peralatan dan makan minum pelajar disediakan.
Adalah diharapkan agar para pelajar tingkatan 4 dapat menjalankan tanggungjawab mereka dengan sebaik-baiknya.

Wednesday, June 24, 2009

Perlembagaan Negara ( Sosial )

Negara kita merupakan negara yang terdapat pelbagai kaum atau etnik yang hidup harmoni. Ia adalah unik kerana walaupun penduduknya terdiri daripada berbilang etnik namun konflik antara kaum jarang berlaku. Jika berlaku tidaklah sehingga menghancurkan negara.

Di antara masalah utama ke arah kemerdekaan ialah masalah perpaduan. Ia berkait rapat dengan kepelbagaian keturunan, budaya, bahasa dan agama. Setiap kaum mahukan bahasa ibundanya dijadikan bahasa kebangsaan. Di samping itu, kaum-kaum lain berasa bimbang apabila orang Melayu mahukan agama Islam dijadikan agama rasmi. Sementara itu orang bukan Melayu menuntut supaya mereka diberikan kerakyatan.

Dari segi sosial contohnya.sosial ialah segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal, masyarakat dan kemasyarakatan.Dalam bab ini perlembagaan menentukan kebebasan bercakap memiliki harta,dan kebebasan beragama.Perlembagaan juga memastikan wujudnya keadilan sosial dan keamanan rakyatnya.Selain itu,perlembagaan persekutuan Malaysia juga memberi kewarganegaraan kepada orang-orang bukan Melayu mengikut hak perlembagaan yang dititepkan.Hak-hak keistimewaan orang Melayu juga diutamakan.Contohnya,melindungi tanah rizab orang Melayu dari diselenggarakan oleh orang bukan Melayu.

Di samping itu,menjaga kestabilan Negara dalam konteks Negara Malaysia yang berbilang kaum juga merupakan kepentingan perlembagaan persekutuan Malaysia. Seperti mana yang kita ketahui,agama Islam merupakan agama rasmi Negara kita.Namun,kaum lain bebas menganut agama mereka.

Projek PSK - Membina laman web Tingkatan 5S2

Pelajar-pelajar dari kumpulan 2 dan 3 telah memilih untuk membina laman web bagi menyiapkan tugasan projek PSK mereka. Kumpulan 2 akan membina laman yang berkaitan dengan perihal pendidikan yang selari dengan tema PSK iaitu Cabaran Masa Depan. Manakala kumpulan 3 pula memilih untuk membina laman web yang berkaitan dengan pelancongan. Para pelajar diingatkan agar berhati-hati semasa menyiapkan tugasan supaya ia menepati tema cabaran masa Depan. Kedua-dua kumpulan ini telah memilih tapak blog percuma iaitu blogger.com sebagai tapak untuk membina laman web mereka. Selamat Maju Jaya.

Monday, June 22, 2009

Perlembagaan Persekutuan ( Politik )

Perlembagaan Persekutuan adalah Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan, iaitu satu himpunan peraturan dan dasar negara kita. Perlembagaan Persekutuan yang ada kini telah melalui sejarah penggubalan sejak Perang Dunia II tamat.

Kita sedar bahawa perlembagaan penting untuk menjamin kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik. Perlembagaan menentukan rangka dan bentuk pemerintahan serta kuasa yang diamanahkan kepada mereka yang menerajui kerajaan bagi menjamin satu pentadbiran yang cekap, jujur dan adil.

Selain daripada itu, pemerintahan Raja Perlembagaan dan demokrasi berparlimen telah dilaksanakan. Ini akan menjamin negara kita menjamin negara menjadi sesebuah negara yang aman, maju dan makmur

Selain daripada itu, masyarakat pelbagai kaum serta para pemimpin telah menggunakan kebijaksanaan mereka untuk kepentingan bersama. Selain itu, pentadbiran pelbagai kaum dapat menyatupadukan rakyat dan dapat menentang ancaman luar.

Rakyat hendaklah menyokong, menghormati dan mempertahankan Perlembangan Persetukuan Malaysia untuk mengelakkan berlaku huru-hara dan juga perbalahan antara kaum.

Projek Khidmas PSK

Projek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan :
Dilaksanakan 10 jam diluar waktu P&P.
Laporan dihasilkan secara berkumpulan.
Proses menghasilkan laporan bermula:
~ Januari hingga Jun(Tingkatan 3&5)
~ Januari hingga Ogos (Tingkatan 1,2 &4)
Tajuk projek berdasarkan tema yang telah ditetapkan mengikut Tingkatan

Projek PSK yang telah selesai dijalankan :

1. "One Step to The Future" Tingkatan 5S1 - 2 Jun 2009
2. Pameran Kesihatan Tingkatan 5S1 - 17&18 Jun 2009