Wednesday, June 24, 2009

Perlembagaan Negara ( Sosial )

Negara kita merupakan negara yang terdapat pelbagai kaum atau etnik yang hidup harmoni. Ia adalah unik kerana walaupun penduduknya terdiri daripada berbilang etnik namun konflik antara kaum jarang berlaku. Jika berlaku tidaklah sehingga menghancurkan negara.

Di antara masalah utama ke arah kemerdekaan ialah masalah perpaduan. Ia berkait rapat dengan kepelbagaian keturunan, budaya, bahasa dan agama. Setiap kaum mahukan bahasa ibundanya dijadikan bahasa kebangsaan. Di samping itu, kaum-kaum lain berasa bimbang apabila orang Melayu mahukan agama Islam dijadikan agama rasmi. Sementara itu orang bukan Melayu menuntut supaya mereka diberikan kerakyatan.

Dari segi sosial contohnya.sosial ialah segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal, masyarakat dan kemasyarakatan.Dalam bab ini perlembagaan menentukan kebebasan bercakap memiliki harta,dan kebebasan beragama.Perlembagaan juga memastikan wujudnya keadilan sosial dan keamanan rakyatnya.Selain itu,perlembagaan persekutuan Malaysia juga memberi kewarganegaraan kepada orang-orang bukan Melayu mengikut hak perlembagaan yang dititepkan.Hak-hak keistimewaan orang Melayu juga diutamakan.Contohnya,melindungi tanah rizab orang Melayu dari diselenggarakan oleh orang bukan Melayu.

Di samping itu,menjaga kestabilan Negara dalam konteks Negara Malaysia yang berbilang kaum juga merupakan kepentingan perlembagaan persekutuan Malaysia. Seperti mana yang kita ketahui,agama Islam merupakan agama rasmi Negara kita.Namun,kaum lain bebas menganut agama mereka.

Projek PSK - Membina laman web Tingkatan 5S2

Pelajar-pelajar dari kumpulan 2 dan 3 telah memilih untuk membina laman web bagi menyiapkan tugasan projek PSK mereka. Kumpulan 2 akan membina laman yang berkaitan dengan perihal pendidikan yang selari dengan tema PSK iaitu Cabaran Masa Depan. Manakala kumpulan 3 pula memilih untuk membina laman web yang berkaitan dengan pelancongan. Para pelajar diingatkan agar berhati-hati semasa menyiapkan tugasan supaya ia menepati tema cabaran masa Depan. Kedua-dua kumpulan ini telah memilih tapak blog percuma iaitu blogger.com sebagai tapak untuk membina laman web mereka. Selamat Maju Jaya.

Monday, June 22, 2009

Perlembagaan Persekutuan ( Politik )

Perlembagaan Persekutuan adalah Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan, iaitu satu himpunan peraturan dan dasar negara kita. Perlembagaan Persekutuan yang ada kini telah melalui sejarah penggubalan sejak Perang Dunia II tamat.

Kita sedar bahawa perlembagaan penting untuk menjamin kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik. Perlembagaan menentukan rangka dan bentuk pemerintahan serta kuasa yang diamanahkan kepada mereka yang menerajui kerajaan bagi menjamin satu pentadbiran yang cekap, jujur dan adil.

Selain daripada itu, pemerintahan Raja Perlembagaan dan demokrasi berparlimen telah dilaksanakan. Ini akan menjamin negara kita menjamin negara menjadi sesebuah negara yang aman, maju dan makmur

Selain daripada itu, masyarakat pelbagai kaum serta para pemimpin telah menggunakan kebijaksanaan mereka untuk kepentingan bersama. Selain itu, pentadbiran pelbagai kaum dapat menyatupadukan rakyat dan dapat menentang ancaman luar.

Rakyat hendaklah menyokong, menghormati dan mempertahankan Perlembangan Persetukuan Malaysia untuk mengelakkan berlaku huru-hara dan juga perbalahan antara kaum.

Projek Khidmas PSK

Projek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan :
Dilaksanakan 10 jam diluar waktu P&P.
Laporan dihasilkan secara berkumpulan.
Proses menghasilkan laporan bermula:
~ Januari hingga Jun(Tingkatan 3&5)
~ Januari hingga Ogos (Tingkatan 1,2 &4)
Tajuk projek berdasarkan tema yang telah ditetapkan mengikut Tingkatan

Projek PSK yang telah selesai dijalankan :

1. "One Step to The Future" Tingkatan 5S1 - 2 Jun 2009
2. Pameran Kesihatan Tingkatan 5S1 - 17&18 Jun 2009