Tuesday, April 27, 2010

Khidmat Masyarakat

Apakah Khidmas?
Khidmat Masyarakat atau Khidmas adalah komponen amali di dalam PSK yang memerlukan penglibatan para pelajar secara kumpulan dalam aktiviti sekolah. Melalui khidmas, para pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan yang dipelajari di dalam bilik darjah. Aktivit khidmas perlu dilakukan sekurang-kurangnya 10 jam setahun.Khidmas yang hendaklah dilakukan perlu menepati tema yang telah diperuntukan mengikut tingkatan.

Saturday, March 27, 2010

T4 ||| Aktiviti 4B - Imej Remaja |||

Pergaulan Bebas - rujuk buku teks m/s 54

Soalan perbincangan :
1. Pada pendapat anda, bagaimanakah masalah pergaulan bebas di kalangan remaja boleh diatasi?

2. Berikan empat faktor yang menyumbang kepada masalah pergaulan bebas di kalangan remaja.

3. Didikan agama yang cetek merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada pergaulan bebas di kalangan remaja. Jelaskan pernyataan tersebut.

Saturday, February 6, 2010

Aktiviti Kumpulan TIngkatan 4

Secara berkumpulan, cari maklumat tentang murid yang telah dipilih sebagai Murid Contoh sekolah anda pada tahun lepas. Kajian anda merangkumi perkara-perkara berikut :

1. Pencapaian akademiknya.
2. Kepimpinan dalam persatuan, kelab atau bdan beruniform
3. Sumbangan dalam bidang sukan.
4. Kegiatan luar bilik darjah.
5. Anugerah-anugerah lain yang pernah diterima.

Anda diminta membuat penilaian tentang keseimbangan diri bagi Murid Contioh tersebut.

Tuesday, January 26, 2010

Kajian Masa Depan

Perkembangan pendidikan tinggi di negara kita telah berkembang pesat. Ramalkan sistem pendidikan tinggi di negara kita pada tahun 2020.

Tuesday, January 19, 2010

Tugasan Tingkatan 5

Aktiviti berkumpulan

Kumpulkan keratan akhbar, majalah atau bahan daripada Internet tentang usaha-usaha penerokaan ilmu dalam pelbagai bidang oleh individu-individu yang berjaya. Gunakan maklumat yang dinyatakan pada halaman 14 (buku teks) sebagai panduan untuk mengumpulkan maklumat tersebut.

Tugasan ini perlu dibuat di dalam blog masing-masing.